6 basikal, sebuah kereta hangus dibakar
Diterbitkan: Nov 7, 2014 7:33 AM | Dikemas kini: Nov 7, 2014 7:36 AM
Enam motosikal, sebuah kereta dan sebuah basikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri Wisma Telaga Air di Butterworth
hangus, dipercayai akibat perbuatan khianat.
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memadam kebakaran pada pukul 4.35 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata polis percaya kejadian di kawasan perumahan berpagar itu bermotifkan khianat.
"Kawasan pangsapuri itu tidak mempunyai pengawal keselamatan dan CCTV. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di Butterworth hari ini.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 52, berkata beliau terdengar jeritan jiran-jiranya dan segera bergegas ke bawah untuk melihatnya.
"Beberapa penduduk cuba untuk menyelamatkan kereta dan motosikal di tempat letak kenderaan itu tetapi api sangat marak," katanya.
- Bernama