Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan menarik balik pelaburan 1Malaysia Development Berhad dengan satu firma di Cayman Islands berjumlah RM7.18 bilion.

Katanya, sebanyak 60 peratus daripada dana berkenaan sudahpun diperolehi semula, manakala baki 40 peratus akan diperolehi menjelang akhir tahun ini.

"Hasil pelaburan setakat akhir 2013 untuk pelaburan ini pada tahap antara 6 hingga 7 peratus,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga tidak pernah mengeluar surat jaminan ke atas pinjaman RM9.6 bilion oleh 1MDB, selain RM5.8 bilion yang dijamin sebelum ini.

“Tiada apa-apa surat sokongan seperti didakwa. Kami tetap berpendirian bahawa hanya RM5.8 bilion dijamin secara nyata.

“Baki hutang itu adalah tanggungjawab syarikat itu sendiri dan bukannya (tanggungjawab) kerajaan,” katanya.