Kertas risikan Bowman
Steven GanPublished: May 9, 2001 6:40 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Kertas laporan siasatan Bowman, selonggok kertas dalam sampul surat coklat, telah diletakkan di atas beg bimbit saya tahun lalu.
Waktu itu bulan Jun dan saya baru sahaja keluar dari mahkamah magistret selepas memberikan [#1]keterangan[/#] dalam perbicaraan kes "laporan palsu" Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez (sekarang pemimpin Parti KeADILan Nasional).
Saya telah tertinggal beg bimbit saya di atas sebuah bangku di luar mahkamah itu setelah berborak dengan pasukan peguam bela.
Pada mulanya saya terfikir tentu ada seseorang yang tertinggal sampul surat itu. Saya pun bertanya kepada orang di sekeliling dan tidak ada sesiapa pun yang mengaku memiliki dokumen setebal 119 muka surat itu.
Saya pun tidak ambil begitu peduli keistimewaan maklumat yang terkandung di dalam dokumen itu. Begitulah keadaannya sehingga saya berada di atas pesawat ke Bangkok - saya bekerja dengan akhbar The Nation - barulah tiba-tiba saya terlintas laporan itu ada kena-mengena dengan sistem kehakiman negara kita yang sering menerima kritikan.
Laporan Bowman itu merupakan laporan kemajuan yang ditulis oleh satu agensi penyiasatan persendirian di United Kingdom cuba mencari kemungkinan berlaku salah laku Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, peguam bela V. K. Lingam dan seorang ahli perniagaan Vincent Tan.
Sebenarnya terdapat dua laporan; satu ditulis pada 2 Mac 1998 dan satu lagi pada 21 April 1988.
Pengarah Urusan agensi itu D McCarthy berkata, salinan tiket dan jadual aturcara yang berkenaan diperolehi. Beliau juga berjaya menyiasat majlis bankuet yang diadakan di hotel Hyatt Regency untuk meraikan kejayaan Eusoff selepas menerima pingat kebesaran.
Laporan Bowman itu mendakwa majlis makan malam itu dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, H. B. Low dan dihadiri oleh hakim-hakim dan ahli-ahli perniagaan, termasuk Lingam. McCarthy berjaya mendapatkan salinan resit pembayaran yang didakwa dibuat oleh isteri kepada seorang ahli perniagaan.
Saya membawa pulang dokumen itu ke Malaysia akhir tahun lalu untuk menyiasat sendiri hal itu. Tetapi, saya terlalu sibuk dengan pelancaran akhbar web malaysiakini sehingga terlupa sampul surat tersebut.
Saya hanya sedar tentang dokumen itu apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim membuat kenyataan bahawa "perlakuan tidak wajar" bagi seseorang ketua hakim negara bercampur-gaul dengan seorang peguam yang berjaya walhal beliau sedang mengadili kes-kes penting peguam bela tersebut.
Selepas merujuk penasihat undang-undang dalam tempoh seminggu lalu, kami pun memutuskan untuk mendedahkan kepada umum isi dokumen tersebut.

View Comments0