Biar yang muda terajui belia
Sudah tiba masanya untuk memastikan belia (bukan belia tua) memimpin dan menerajui persatuan belia sebagai suatu ruang untuk melatih dan membangunkan barisan kepimpinan masa depan.
Semua orang tua-tua yang masih memegang dan memonopoli pertubuhan belia sebagai tapak untuk mendapatkan pengaruh dan peluang lobi, harus melepaskan secara terhormat.
Tidak perlu lagi memberi alasan bahawa penyokong/ahli memerlukan mereka. Ini kerana pertubuhan belia adalah hak belia (di bawah 40 tahun sahaja) untuk bergiat dalam pertubuhan belia.
Biarlah penyokong melantik orang tua sebagai penaung dan penasihat sahaja. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga perlu merangka program dan pengagihan peruntukan kewangan untuk membolehkan pertubuhan belia bergerak secara aktif dan berkesan.
Pertubuhan belia tidak perlu ditanggung beban untuk mencari pembiayaan kewangan yang merupakan penghalang kepada perkembangan pertubuhan sosial yang mantap dan cergas.
(Penulis adalahn Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Konsumer Malaysia [Fomca]).

