IGP diarah dapatkan anak mualaf Ridhuan Abdullah
Diterbitkan: Sep 10, 2014 6:37 AM | Dikemas kini: Sep 10, 2014 6:39 AM
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai 48 jam untuk mematuhi perintah komital yang dikeluarkan terhahadap K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah untuk memulangkan anaknya Prasana Diksa kepada ibunya Indira Gandhi.
Ini ekoran Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ridhuan untuk memanjangkan tempoh masa itu bagi membolehkannya merayu untuk mengetepikan permohonan menghina mahkamah terhadapnya.
Ini ekoran beliau tidak mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini untuk memberikan Prasana, 6, sebelum 30 Mei 2014.
Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan peguam negara dan ketua polis negara untuk mencelah dalam kes itu ekoran arahan mahkamah untuk mengetepikan rayuan Ridhuan.
Khalid dan polis mempunyai masa sehingga Jumaat untuk menahan Ridhuan dan mendapatkan Prasana.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkannya terpaksa tampil di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi memberi penjelasan.
[Baca berita asal]