Surirumah cemas rumah ditembak bertalu-talu
Diterbitkan: Sep 8, 2014 10:00 AM | Dikemas kini: Sep 8, 2014 12:59 PM
Seorang surirumah dan empat anaknya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seri Bertam, di Kepala Batas ditembak bertalu-talu awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kejadian pada pukul 3 pagi itu turut disedari jiran keluarga itu yang mendengar bunyi letupan menyebabkan dia keluar ke perkarangan rumah dan melihat sebuah kereta meninggalkan rumah keluarga berkenaan.
"Ketika kejadian, wanita berkenaan hanya bersama empat anaknya berusia setahun hingga 13 tahun di rumah itu manakala suaminya, seorang penternak ayam berusia 35 tahun, berada di sebuah tokong di Tikam Batu, Kedah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Rahman berkata hasil siasatan, polis menemui lapan kelongsong peluru di hadapan rumah keluarga berkenaan dan polis turut menemui lapan kesan tembakan dan lubang di pagar serta dinding hadapan rumah itu.
"Tembakan rambang itu tidak mengenai sesiapa," katanya, dan menambah, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca dan motif sebenar kejadian.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Bernama