Senator Sim Kui Hian ditetapkan sebagai presiden seterusnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Richard Riot akan kekal sebagai timbalan presiden.

Sebastian Ting dan Ding Kuong Hing masing-masing akan menjadi setiausaha agung dan bendahari agung, jika semua perkara berjalan seperti dirancang.

“Ini barisan baru yang dicadangkan,” katanya.

Beliau juga berkata persidangan perwakilan tiga tahun sekali parti itu juga kali ini sangat “baik” berbanding sebelum ini yang dipulaukan oleh kumpulan dalam parti pimpinan Timbalan Setiausaha Agung Wong Soon Koh.

Pemulauan dan aduan terhadap perjalanan pemilihan membawa kepada pemecatan Wong dan tiga lagi wakil dipilih dan pembentukan Parti Rakyat Bersatu.

Chin berkata, parti itu hampir dibatalkan pendaftaran ekoran krisis dalaman dan kini berjuang untuk kelangsungannya.

[Baca berita penuh]