Saya telah selesai mengundi pagi tadi jam 8.15 di Jelebu dan saya ingin memberitahu semua bahawa SPR itu bermaksud Samdol Penipu Rakyat. Jangan percaya lagi dengan pilihanraya ini.

Ia memang tidak akan mampu untuk mencipta perubahan di tanahair yang tercinta. Mana dia segala bentuk undang-undang baru yang kononnya lebih efektif yang dibentuk oleh SPR untuk pilihanraya umum ke-11?

Semuanya adalah helah semata-mata untuk menafikan hak pembangkang bagi bersuara. Pondok panas BN dengan mudah didirikan berhampiran tempat pembuangan undi tanpa sebarang halangan oleh pihak SPR sedangkan peraturan menetapkan ia tidak boleh didirikan dalam jarak 50 meter dari tempat mengundi.

Mana pula janji SPR untuk mendirikan pondok mereka sendiri supaya pengundi boleh menyemak nama yang kononnya berwarna kuning itu? Penipu! Buktinya di tempat saya mengundi tiada pondok SPR dan yang ada hanya pondok Puteri Umno yang didirikan betul-betul di depan pintu pagar seberang jalan masuk ke pusat pengundian.

Saya yang pertama kali mengundi berasa sungguh bodoh kerana mempercayai pilihanraya. Jika calon yang saya undi pagi tadi gagal mencapai kemenangan, maka saya akan memulaukan pilihanraya seumur hidup saya kerana pilihanraya adalah hampeh selagi SPR itu juga hampeh!