'Jangan bertolak ansur lagi dengan Khalid'
Diterbitkan: Aug 9, 2014 8:58 AM | Dikemas kini: Aug 9, 2014 9:01 AM
Naib Presiden PKR N Surendran berkata parti itu tidak boleh bertolak ansur lagi dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihatnya enggan tunduk kepada disiplin parti.
"Malah, nada dan cara jawapannya menunjukkan beliau tidak berniat untuk tunduk kepada proses disiplin parti.
"Tiada parti politik boleh bertolak ansur dengan tindakan sedemikian," kata Surendran dalam kenyataannya.
Abdul Khalid dalam surat terbarunya semalam berkata lembaga jawatankuasa disiplin parti berlaku tidak adil kepada beliau kerana memanggilnya untuk menghadiri sesi pendengaran dalam tempoh yang singkat.
Surat itu dihantar kepada jawatankuasa itu sebelum sesi pendengaran terhadap Khalid yang sepatutnya berlangsung semalam.
Jawatankuasa tersebut menuntut penjelasan daripadanya ke atas lima isu – penstrukturan semula air di Selangor, kenaikan elaun menteri besar, kenaikan yuran lesen perniagaan, lebuh raya Kidex dan penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam.
"Beliau menulis surat yang panjang membantah tindakan jawatankuasa disiplin parti dan tidak menjawab tuduhan yang dikemukakan.
"Lebih teruk lagi, beliau membuat tuduhan liar mempersoalkan integriti jawatankuasa disiplin itu dan pengerusinya Dr Tan Kee Kwong.
"Usaha Khalid untuk menonjolkan dirinya sebagai mangsa ketidakadilan adalah tidak masuk akal dan melucukan," katanya.
Surendran berkata tindakan Khalid itu menjejaskan parti dan menyumbang kepada masalah dalam Pakatan.
"Kengganan Khalid untuk patuh kepada kehendak parti dan meninggalkan pejabatnya tidak boleh dipertahankan lagi.
"Beliau wajar dihadapkan ke jawatankuasa disiplin sekarang juga," katanya.
Jawatankuasa disiplin pada 5 Ogos memberikan surat tunjuk sebab kepada Khalid dan menuntut penjelasan darinya berhubung keengganannya untuk meletak jawatan sebagai menteri besar.
Dalam surat balasnya sehari kemudian, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab dari PKR itu cacat dan tidak menyatakan dengan jelas tuduhan ke atasnya.