Adalah tidak benar bahawa kerajaan China mengenakan arahan melarang kakitangan kerajaan yang beragama Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadan di Xinjiang di barat laut China Wilayah Autonomi Uyghur, kata Duta China ke Malaysia Huang Hui Kang.

"Saya tidak fikir ia benar kerana sekurang-kurangnya apa yang saya tahu, tidak ada arahan tersebut," katanya.

Huang menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dalam satu mesyuarat meja bulat di Kuala Lumpur hari ini.

Sebaliknya, Huang mencadangkan Nurul Izzah dan rakan-rakannya berkunjung ke wilayah tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Dilaporkan bahawa kakitangan awam beragama Islam, pelajar dan ahli-ahli Parti Komunis China (CPC) Islam tidak dibenarkan berpuasa pada bulan Ramadan di beberapa jabatan kerajaan di sana.

Ahli pembangkang Malaysia, termasuk beberapa ADUN DAP telah secara terbuka menggesa Putrajaya untuk memberi tekanan kepada China berhubung penindasan seumpama itu terhadap golongan minoriti.