Orang Asli lapor polis terhadap TNB, UiTM
Diterbitkan: Jun 27, 2014 7:12 AM | Dikemas kini: Jun 27, 2014 7:43 AM
Seramai 22 orang Asli Pos Lanai membuat laporan polis terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rabu lalu, menuntut supaya soal selidik projek Empangan Ulu Telom dihentikan.
Dalam satu kenyataan, Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Shafie Dris mendakwa soalselidik itu 'tidak telus' kerana ia dilakukan tanpa perbincangan dengan penduduk kampung tersebut.
“Status ketelusan di dalam soal selidik ini wujud keraguan, kerana soalan-soalan yang diajukan kepada penduduk tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan JKOASM terutama Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah dan Wilayah Adat Kampung Orang Asli Pos Lanai.
“Orang Asli Pos Lanai berpendapat, program 'soal selidik' yang akan dibuat oleh pihak TNB nanti memberikan pandangan seolah-olah Orang Asli tidak mempunyai hak terhadap tanah dan alam sekitar yang mereka duduki,” katanya.
Justeru itu, jaringan itu menuntut pihak TNB dan UiTM menghormati keputusan Orang Asli Pos Lanai yang dikemukakan melalui jawatankuasa bertindak kampung itu.
Shafie juga menegaskan Orang Asli Pos Lanai sebelum ini sudah menghantar memorandum kepada TNB negeri Pahang dan ibu pejabat TNB di Kuala Lumpur bagi menolak soal selidik tersebut kerana mereka tidak mahu empangan tersebut dibina di kawasan itu.
Bahkan, katanya, sudah banyak rundingan yang telah dibuat jawatan kuasa bertindak kampung itu bersama wakil TNB yang sedang menguruskan projek pembinaan empangan, Ghazat Awang.
Ketika rundingan itu, penduduk memohon TNB menghentikan program soal selidik namun didakwa TNB masih ingin meneruskannya.