Buat untuk diri sendiri: Presiden
Published: May 4, 2001 4:12 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Buat untuk diri sendiri: Presiden
Buat untuk diri sendiri: Presiden
6pm, SAB: Ahli Umno disaran menggerakkan usaha sendiri untuk kemajuan parti itu dan tidak lagi bergantung pada jentera kerajaan. "Kita berada dalam masyarakat yang hostile (tidak bekerjasama)," katanya. "Kita tidak boleh berharap kepada golongan agama, golongan muda dan media. Sebaliknya kita (Umno) harus buat untuk diri sendiri."
Presiden parti itu Dr Mahathir Mohamad mengingatkan suasana politik sudah berubah apabila jentera kerajaan tidak lagi bersedia bekerjasama dengan parti tersebut.
"Ini fenomena baru. Keadaan persekitaran semakin hostile," katanya. Kita harus bertindak "seperti parti pembangkang," tambah Mahathir.
Umno bina, PAS guna masjid
5:45pm, SAB: Ramai orang Melayu yang mendapat pendidikan tinggi, mempunyai jawatan dan mendapat projek daripada kerajaan tetapi mereka akhirnya menentang Umno.
"Kerana terdedah kepada hasutan parti lawan, akhirnya mereka lawan kita (Umno)," kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, ketika menyampaikan ucapan penutup persidangan ke-54 parti itu petang ini.
Mahathir juga menuduh PAS menggunakan kemudahan masjid dan menghasut pelajar universiti untuk tujuan politik mereka. Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa pemimpin dan ahli Umno tidak memanfaatkan masjid walaupun banyak membina tempat ibadat itu.
"Saya akan pergi"
5:15pm, SAB: Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, beberapa kali hari ini berkata beliau berhasrat meletakkan jawatan, termasuklah selepas Sukan Komanwel pada September 1998 tetapi "terjadi sesuatu."
Ketika Sukom berlangsung, beliau memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan "tidak bermoral."
"Saya harap jangan jadi apa-apa lagi kepada timbalan-timbalan saya," katanya, disambut ketawa perwakilan. "(Tetapi) saya belum tetapkan bilakah (saya) nak bersara."
Mahathir sindir Anwar lagi
5pm, SAB: Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini mendedahkan perancangannya untuk "meletakkan jawatan" dan memberikan peluang kepada timbalannya mendekati ahli akar umbi dan masyarakat. "Saya kurang rapat (dengan ahli akar umbi) sejak beberapa tahun lalu sebab saya merancang hendak berhenti," katanya.
"Timbalan saya bekerja keras, berjumpa orang ramai dan membawa mereka ke pejabat." Mahathir mengaku bahawa beliau jarang mengadakan lawatan ke negeri-negeri kerana "asyik dengan tugas Perdana Menteri."
Pada masa itu timbalan beliau ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, katanya lagi, selepas tercetus "peristiwa tertentu," orang ramai kurang yakin pada perjuangan Umno, khususnya dalam pilihan raya umum lalu.
Mahathir sudah acap kali sejak hampir lima tahun lalu menyebutkan kemungkinan melepaskan jawatannya.
Pak Lah 'pengurus Team Wawasan'
4:15pm, SAB: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi berkata beliau kini bertindak sebagai "pengurus" bagi 'Team Wawasan.'
Beliau bercerita tentang pertanyaan beberapa wartawan mengenai sikap kumpulan Naib Presiden itu yang pernah mengenepikannya sejak memenangi jawatan itu pada 1993.
Kumpulan yang dimaksudkan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.
Ketiga-tiga mereka memenangi kembali jawatan itu pada dalam pertandingan Khamis lalu. Sesi mereka akan tamat 2003.
"Dahulu mereka berada di bawah manager lain," katanya, dengan nada separuh bergurau, merujuk kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

View Comments0