PAC: Jangan asyik salahkan JKR
Ahmad Fadli KCDiterbitkan: Jun 17, 2014 6:46 AM | Dikemas kini: Jun 17, 2014 12:30 PM
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa agar pegawai kementerian berhenti menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) setiap kali projek pembinaan kementerian terbabit tertangguh atau menghadapi masalah.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan berkata beliau meluat apabila perkara itu berlaku, sedangkan pegawai itu gagal memaklumkan dengan jelas keperluan pengguna projek kepada JKR.
"Kami di PAC sudah mual dengan alasan diberi (iaitu) JKR salah kerana mereka pelaksana projek.
"Sedangkan di peringkat kementerian, ia adalah projek pegawai tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Tegasnya, wakil kementerian berkaitan perlu duduk semeja dengan JKR dan berbincang mengenai keperluan pengguna bagi mengelak tuding menuding kesalahan berlaku apabila pembinaan selesai.
"Kadang kala apabila diberitahu keperluan pengguna, ia kadang kala tak munasabah tetapi JKR perlu laksana.
"Pastikan ada rundingan antara kementerian dan JKR, supaya keperluan pengguna dapat ditentukan dengan munasabah," katanya lagi.
Kos bertambah
Beliau yang juga MP Pulai memberikan contoh balai polis IPD Sentul yang pada asalnya dibina tanpa pagar kerana mahu dianggap lebih 'mesra rakyat'.
Namun katanya, pagar kemudian dibina apabila mengambil kira faktor keselamatan serta senjata yang disimpan dalam balai polis itu dan ia menyebabkan kos tambahan kepada projek itu.
Beliau sebelum itu meluangkan masa bertemu beberapa wakil Kementerian Kerja Raya berhubung pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2.
Menurut Jazlan, projek itu dijangka siap pada September depan kerana ia kini sudah siap sebanyak 95 peratus.
Menurutnya, lebuh raya sejauh 184 kilometer itu menghubungkan Jabor ke Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu dan sepatutnya siap pada Mac 2009.
Namun, perubahan status lebuh raya itu daripada jalan persekutuan kepada jalan bertol menyebabkan peruntukan tambahan sebanyak RM800 juta diberikan kepada Kementerian Kerja Raya untuk projek itu.
Bagaimana pun, pihaknya berpuas hati apabila hanya RM600 juta digunakan dan baki RM200 juta akan dipulangkan semula kepada Kementerian Kewangan.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan berkata beliau meluat apabila perkara itu berlaku, sedangkan pegawai itu gagal memaklumkan dengan jelas keperluan pengguna projek kepada JKR.
"Kami di PAC sudah mual dengan alasan diberi (iaitu) JKR salah kerana mereka pelaksana projek."Sedangkan di peringkat kementerian, ia adalah projek pegawai tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.