DAP: Jangan kelirukan data Kidex
Diterbitkan: Jun 15, 2014 5:34 AM | Dikemas kini: Jun 15, 2014 5:55 AM
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata kerajaan pusat tidak harus mengelirukan orang ramai dengan mempertahankan data yang tidak tepat untuk menyokong pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).
Pua berkata, sokongan Menteri Kerja Raya Datuk Fadhillah Yusof ke atas projek tersebut menunjukkan kementerian tidak melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian konsesi Kidex.
"Kami menyeru Datuk Fadhillah Yusof tidak mengelirukan orang ramai hanya kerana Kerajaan Persekutuan tidak melakukan kerja rumah dan terus menandatandatangani perjanjian konsesi Kidex selama 48 tahun itu," katanya.
Dalam kenyataannya, Pua berkata, jumlah dari sumber kerajaan dan sumber Kidex berhubung pengurangan lalu lintas yang terhasil di jalan sedia ada melalui penggunaan lebuh raya baru itu juga berbeza
Fadhillah pada minggu lalu menyebut, Kidex mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebanyak 20 hingga 30 peratus, apabila beroperasi nanti.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Kidex, Dr Shaharizuan Shafiei sendiri hanya berani mengakui bahawa Kidex akan mengurangkan lalu lintas di 16 jalan raya tempatan sebanyak 20 hingga 30 peratus apabila selesai," kata Pua.
Katanya, Shaharizuan juga memberitahu, lalulintas di 23 jalan raya tempatan akan berkurang sebanyak 20-30 peratus dari tahun 2028.
Pua seterusnya berkata Shaharizuan gagal memberitahu fakyat laporan awal Kajian Impak Lalulintas (TIA) tersebut meliputi 43 jalan, di mana sebahagiannya meningkatkan penggunaan trafik sehingga 233 peratus selepas Kidex beroperasi.
Mengikut laporan awal TIA itu, jalan utama seperti Jalan Bukit Jalil Indah bakal menghadap peningkatan kesesakan sebanyak 233 peratus Jalan Changgai (109 peratus), Jalan Sultan (58 peratus) and Jalan Barat (35 peratus), kata Pua.
TIA liputi 43 jalan
"Jadi sekiranya impak kepada semua 43 jalan diambilkira, jangkaan pengurangan kesesakan hanya pada 5.8 peratus dan 3 peratus pada 2020 dan 2028," kata beliau.
"Sama ada jumlah itu cukup atau tidak, adalah risiko yang diambil pemegang konsesi. Bagi kita, kajian telah dijalankan, mereka telah memenuhi prasyarat yang diperlukan dari segi sama ada terdapat keperluan untuk Kidex dibina.
"Ya, Kidex perlu kerana sebahagiannya untuk menangani masalah di LDP dan pengguna akan ada pilihan lain," katanya seperti dipetik portal MStar pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Kemahiran Malaysia.
Projek lebuh raya sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion itu akan dijalankan setelah kerajaan persekutuan berpuas hati dengan semua syarat yang dipenuhi syarikat konsesi lebuh raya itu.
Sehari selepas itu, ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin menolak laporan awal TIA itu dan mendakwa Kidex 'mengolah kira-kira' sehingga mendapat keputusan Kidex itu mampu menurunkan sehingga 30 peratus kesesakan di Petaling Jaya, Subang dan Puchong.
Yeo berkata, berdasarkan TIA itu, 10 tahun selepas ia siap, lebuh raya itu akan mengurangkan kesesakan jalan raya di 43 jalan di Petaling Jaya hanya pada kadar 3.05 peratus.
Katanya, apabila ia disiapkan pada 2018, lebuhraya yang akan merentangi semua bahagian utama di Petaling Jaya itu akan mengurangkan 5.84 peratus kadar kesesakan.
Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan Rabu lalu yang kerajaan negeri hanya memberi kelulusan dari segi prinsip dan bukannya persetujuan penuh untuk pembinaannya.
Menurut beliau, kerajaan negeri masih perlu memantau segala aspek kecil dan impak kepada trafik serta sosial sebelum memberi kebenaran sepenuhnya untuk pembinaan Kidex.