Rohani: Saya sokong pasukan Argentina
Farah Noor SamatDiterbitkan: Jun 14, 2014 9:13 AM | Dikemas kini: Jun 14, 2014 9:27 AM
Demam Piala Dunia bukan hanya merebak di kalangan remaja atau golongan bapa tetapi turut 'menjangkiti' Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau hari ini hadir merasmikan sambutan Hari Bapa peringkat kebangsaan di Pasaraya Midvalley, dengan memakai jersi pasukan kegemarannya Argentina yang bernombor empat dengan mafla pasukan Amerika Latin itu.
Dalam ucapan perasmiannya, Rohani dengan bangga mengumumkan meminati pasukan itu berbanding pasukan tuan rumah Brazil yang lebih menonjol setiap kali Piala Dunia berlangsung.
Beliau yang juga ahli parlimen Batang Lupar sekali lagi mengulangi sokongan beliau itu dalam sidang media selepas majlis tersebut.
"Brazil boleh tahan. Kalau ikut rekod selalu menang tetapi saya buat kajian, Argentina lebih berpotensi.
"Saya menumpukan sokongan kepada Pablo (Zabaleta),” katanya ketika ditanya oleh pemberita mengenai pasukan pilihan dalam kejohanan berprestij itu.
Zabaleta yang juga pemain pertahanan pasukan Manchester City, memakai jersi nombor '4' untuk skuad kebangsaan negaranya pada temasya kali ini.
Ditanya sejak bila beliau meminati pasukan Argentina, Rohani bagaimanapun tidak menjawabnya tetapi hanya sekadar ketawa kecil.
Pengakuan itu mengundang ketawa kecil pemberita yang hadir membuat liputan mengenai acara berkonsepkan “temasya kejohanan bola sepak Piala dunia 2014” yang sedang berlangsung di Brazil.
Sebelum itu, kehadiran Rohani disambut dengan paluan gendang oleh satu kumpulan gendang diiringi lagu bertemakan sukan kesukaan pelbagai lapisan masyarakat. Malah, ada di kalangan mereka juga meniup wisel dengan mengikut irama paluan gendang.
Rata-rata yang hadir dalam majlis itu juga memakai jersi pasukan bola kegemaran masing-masing dan menyertai beberapa permainan yang disediakan.