MP: Harmoni tak boleh dipaksa
Menggubal undang-undang perpaduan dan keharmonian negara akan menjadi seperti memaksa orang mematuhi sesuatu ajaran agama, kata MP BN Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, beliau berkata "tiada keperluan" bagi kerajaan untuk menggubal undang-undang perpaduan negara.
"(Harmoni) hendaklah lahir dari keinginan sukarela daripada rakyat, saya berfikir bahawa masalah negara ini hari ini apabila anda perlu menggubal perkara tertentu yang diambil sebagai satu norma sejak daripada dahulu," katanya.
"Anda boleh meletakkan rang undang-undang perpaduan di tempatnya tetapi ia tidak akan menyelesaikan persoalan perpaduan negara melainkan perasaan harmoni adalah dikira dalam hati rakyat hari ini," katanya.
Beliau mengulas kepada Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang merangka Rang Undang-Undang Harmoni Nasional yang ditetapkan untuk menggantikan Akta Hasutan.
Sehubungan itu, Nur Jazlan menggesa kerajaan untuk melihat semula "dasar secara menyeluruh" ia mengenai bagaimana mahu menanamkan keharmonian negara di kalangan rakyat.

