Kerajaan Selangor telah membuat penambahbaikan pada prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 
 
Namun, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan), perlu ada pembaharuan dari segi pelaksanaan, lapor Bernama.
 
"Kita akan adakan bengkel kepada pegawai penguat kuasa Jais agar kita dapat jalankan tugas dengan betul serta tidak menyusahkan rakyat," beliau dipetik sebagai berkata.
 
Media baru-baru ini melaporkan JAIS menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya selepas menerima aduan orang awam bahawa pengantin wanita beragama Islam.