Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan kebimbangannya terhadap keadaan cuaca panas berpanjangan yang boleh menjejaskan sumber bekalan air di negara ini.

Lim merujuk kepada kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel semalam bahawa, kemungkinan El Nino atau pemanasan berpanjangan di Lautan Pasifik, separuh tahun ini, akan memburukkan cuaca kering.

Palanivel berkata, perkara itu didedahkan oleh Pusat Meteorologi Pakar Asean (ASMC) ketika persidangan di Brunei baru-baru ini apabila kebanyakan kawasan di sebelah Selatan dijangka mengalami hujan bawah purata biasa sehingga tibanya monsun Barat Daya awal Oktober nanti.

"Saya telah arahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus untuk memohon taklimat khas daripada kementerian Palanivel kepada exco negeri berhubung kemungkinan El Nino yang akan menyebabkan pengurangan hujan sehingga Oktober tahun ini," kata Lim.

"Kemarau panjang luar biasa itu bukan sajaka menyebabkan catuan air dikenakan di Selangor dan Johor tetapi juga di Taiping, bandar paling basah di Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan.

[Baca berita penuh]