Hukuman Rahim Noor patut ditambah: DAP
Published: May 1, 2001 12:37 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Tindakan pendakwaraya tidak merayu untuk meningkatkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor dipertikaikan oleh pembangkang hari ini.
Pengerusi DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun Rahim akhirnya telah dipenjarakan tetapi tanggapan orang ramai berhubung hukuman itu masih lagi dipertikaikan.
"Wujud rasa tidak adil di seluruh negara (berhubung hukuman itu) dan perasaan itu digambarkan melalui keputusan penghakiman oleh hakim Datuk Shaik Daud Mohd Ismail," katanya dalam satu kenyataan kepada malaysiakini.
Ketika mendengar rayuan Rahim untuk mengurangkan hukuman penjara selepas mengaku bersalah mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam berhujah hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah sesyen 15 Mac tahun lalu "ringan."
"Menurut fakta dan keadaan kes ini, kami fikir hukuman yang dijatuhkan oleh hakim mahkamah sesyen (Kuala Lumpur) masih lagi ringan," kata Shaik Daud yang mengetuai panel tiga orang hakim.
"Dengan sebab-sebab yang hanya diketahui olehnya (pendakwa) yang kami tidak fahami, pendakwaraya memilih untuk tidak merayu hukuman (ringan itu) di mahkamah ini."
Mahkamah itu semalam mengekalkan hukuman penjara dan denda walau mahkamah tinggi pada 15 Disember lalu telah menggugurkan hukuman denda
"Bagaimanapun, bukan amalan Mahkamah Rayuan untuk memutuskan sendiri hukuman terhadap kes-kes yang telah dibicarakan," kata Shaik Daud.
Selain beliau, panel itu dianggotai oleh Datuk Mohd Saari Yusoff dan Datuk K C Vohrah.
"Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan mahkamah yang lebih bawah (mahkamah-mahkamah sesyen dan tinggi) bahawa mereka patut memandang berat kes-kes pegawai polis membelasah orang awam," kata hakim itu lagi.
Dalam kenyataan yang sama, Lim menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberikan penjelasan di Dewan Rakyat esok sebab-sebab Pendakwaraya tidak merayu agar hukuman ke atas Rahim ditambah.
Benarkan bertemu keluarga
"Selain keputusan mahkamah, terdapat juga 'mahkamah rakyat' yang mesti diyakinkan bahawa wujud keadilan dalam pentadbiran undang-undang di negara ini," katanya.
Selain itu, dalam kenyataan berasingan, bekas Ketua Pembangkang itu turut mendakwa 10 pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi yang ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak operasi 10 April lalu merupakan kumpulan tahanan yang "mungkin paling lambat dibenarkan bertemu ahli keluarga masing-masing" dalam sejarah penggunaan akta itu.
"Tujuh orang daripada mereka sudah ditahan selama hampir empat minggu," katanya, sambil menambah ketika Operasi Lalang kira-kira 14 tahun lalu, lebih 100 tahanan dibenarkan bertemu anggota keluarga masing-masing lebih cepat daripada tahanan kini.
"Sebagai seorang mangsa tahanan ISA selama dua kali (pada 1969 dan 1987), saya bimbang keselamatan dan layanan yang mereka terima."
Tujuh tahanan itu adalah Naib Presiden Keadilan Tian Chua, Ketua Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor, Setiausaha Pemuda N Gobalakrishnan, aktivis pergerakan itu Abdul Ghani Haroon, pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan 'Black 14' Saari Sungib, penulis kolum malaysiakini Hishamuddin Rais dan pengendali laman web FAC (Kempen Bebaskan Anwar) Raja Petra Raja Kamaruddin.
Selebihnya yang ditahan sejak 21 hingga 26 April lalu adalah aktivis-aktivis Pemuda Keadilan Dr Badrul Amin Baharom, Lokman Noor Adam dan terbaru, aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Badaruddin Ismail.
Lim juga berkata keselamatan yang dijamin oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Jamil Johari "bukannya satu jaminan".
Anwar yang pernah dibelasah Rahim pada 1998 dan ramai lagi tahanan ISA, khususnya mereka yang ditahan pada 1960-an, akan membantah kenyataan polis itu, tambah Lim.
Tambahnya, jika menteri-menteri yang akan menyertai mesyuarat mingguan kabinet esok tidak bersedia mempertikaikan penggunaan ISA ke atas 10 aktivis itu, mereka sepatutnya tidak membiarkan "layanan tidak berperikemanusiaan" seperti menghalang lawatan keluarga.
"Menteri-menteri patut mempersoalkan kabinet esok mengapa ISA digunakan begitu kasar dan sembrono kali ini," katanya lagi.

View Comments0