PM sendiri mungkin beri taklimat pada Pakatan
Ahmad Fadli KCDiterbitkan: Apr 2, 2014 4:38 AM | Dikemas kini: Apr 2, 2014 7:46 AM
Pakatan Rakyat akan mendengar taklimat kehilangan pesawat MH370 pada hari Selasa depan, 8 April selepas sesi asal yang sepatutnya berlangsung semalam dibatalkan.
MP Gelang Patah, Lim Kit Siang (kiri) berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah bersetuju dengan tarikh berkenaan walaupun tempatnya masih belum diputuskan lagi.
"Taklimat akan dilakukan oleh perdana menteri atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein.
"Kita harap kali ini taklimat ini akan berlangsung," kata Lim sambil menambah yang Pakatan akan menghantar nota kepada Shahidan bagi mengesahkan tarikh itu.
Dalam sidang medianya petang ini, Shahidan menafikan bahawa beliau mengesahkan taklimat itu akan disampaikan oleh Hishammuddin atau Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga ahli parlimen Arau kini masih menunggu nota bagi mengesahkan tarikh taklimat yang sesuai daripada Pakatan Rakyat.
Menteri itu juga akan memanggil Lim Kit siang bagi mengadakan sidang media bersama tentang perkara tersebut.