Waran tangkap 5 aktivis reformasi
Mahkamah magistret hari ini mengeluarkan waran tangkap kepada lima orang aktivis politik yang terlibat dalam perhimpunan membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri terhadap akhbar PAS, Harakah .
Waran itu dikeluarkan hakim Norshila Kamarudin setelah mereka gagal menghadiri perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pagi ini.
"Polis boleh menangkap mereka bila-bila masa jika perlu," kata peguam bela Saadiah Din kepada malaysiakini petang ini. Peguam yang berkhidmat bersama Pusat Bantuan Guaman ini mewakili peguam asal kumpulan tersebut, Presiden Majlis Peguam, Sulaiman Abdullah.
Mereka termasuklah Naib Presiden Parti KeADILan Nasional, Tian Chua, kolumnis malaysiakini Hishamuddin Rais, aktivis reformasi Abd Malek Hussin, kartunis Harakah Zunar dan ahli KeADILan Tan Sow Kow.
Perhimpunan 11 Mac lalu yang diadakan di pekarangan Masjid Negara itu ekoran tindakan KDN mengurangkan bilangan penerbitan Harakah kepada dua kali setiap bulan daripada dua kali seminggu. Lebih 100 orang penyokong reformasi melaungkan slogan antikerajaan sambil mengangkat sepanduk 'Bebaskan Suara Rakyat.'

Turut serta dalam perhimpunan tersebut, anggota Dewan Rakyat kawasan Kuala Kedah, Mohamad Sabu (foto tengah, kemeja putih) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub (foto kanan, baju hitam).
Mohamad, yang juga ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu, menyampaikan ucapan dan melancarkan protes tersebut dengan memukul patung Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi.
Lima aktivis politik ini merupakan sebahagian daripada kumpulan tujuh orang yang ditangkap polis selepas perhimpunan tersebut. Dua orang lagi ialah peguam hak asasi, Sivarasa Rasiah dan seorang wanita Nor Azimah Mohd Nor.
Turut dikehendaki polis ialah Mohamad, Salahuddin dan aktivis Pemuda KeADILan, Lokman Noor Adam tetapi mereka tidak menyerah diri. Polis juga mencari tujuh lagi peserta perhimpunan tersebut. Hingga kini mereka tidak ditangkap.
Perbicaraan tersebut yang berlangsung pada 4 Mei lalu ditangguhkan ke hari ini kerana Sivarasa sedang menjalani rawatan kesihatan di luar negara.
Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 4 Ogos depan.