TPPA dijangka dimuktamad akhir April
BernamaDiterbitkan: Feb 25, 2014 3:00 AM | Dikemas kini: Feb 25, 2014 7:47 AM
Negara-negara yang terlibat dengan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) hanya akan dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas itu menjelang akhir April, kata Ketua Pusat Yayasan Temasek bagi Perdagangan Dan Rundingan (TFCTN) Dr Deborah Elms.
"Tetapi jika mereka dapat memuktamadkannya pada April, tiada siapa akan melihat teks perjanjian.
"Saya tidak fikir sehingga akhir tahun ini atau pada awal tahun 2015 kerana ia mengambil masa yang lama bagi peguam-peguam untuk melakukan apa yang dipanggil 'pembersihan dari segi undang-undang'," kata beliau kepada Bernama di luar acara mesyuarat peringkat menteri TPP di Singapura semalam.
Elms juga merupakan Felo Kanan Ekonomi Politik Antarabangsa di Pusat Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, di Nanyang Technological University, Singapura.
Beliau berkata ia juga akan mengambil masa yang lama untuk penterjemahan teks.
"Jadi akan ada jurang antara bila muktamadnya rundingan ini dan melihat teks sebenar perjanjian ini.
"Itu terjadi dengan mana-mana rundingan perjanjian perdagangan bebas...terdapat jurang antara bila selesainya dan melihat perjanjian tersebut," katanya.
Beliau berkata masa para menteri bertemu juga sebenarnya sangat terhad setakat ini.
"Saya rasa kita mengharapkan terlalu banyak dengan cepat. Ini merupakan satu rundingan yang rumit dan hanya kali kedua menteri-menteri perdagangan diberi masa dan perhatian dalam cara rundingan.
"Menteri-menteri ini benar-benar cuba untuk menangani isu-isu yang rumit, sensitif dan saling terkait. Jadi, usaha untuk menyelesaikan apa yang ada benar-benar rumit dan mengambil masa. Ia akan menjadi sangat sukar bagi mereka untuk mencapai persetujuan dan berbuat demikian dengan
cepat adalah suatu yang mencabar," tambah beliau.
Mesyuarat peringkat menteri Perkongsian Trans Pasifik (TPP) bermula di Singapura, Sabtu lepas dengan membawa harapan untuk meliputi isu-isu perdagangan dan pelaburan baru dan tradisional.
Menteri-menteri perdagangan dan pegawai-pegawai dari Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Brazil, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat, Vietnam dan Singapura berada di sini untuk mesyuarat empat hari itu.
Malaysia diwakili oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mesyuarat peringkat menteri yang terakhir telah diadakan di republik itu pada Disember, dan mereka membincangkan potensi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit di dalam teks.
Di samping menangani isu-isu seperti liberalisasi perdagangan dalam barangan, perkhidmatan, pelaburan dan perolehan kerajaan, TPP merangkumi bidang seperti hak harta intelek, halangan teknikal kepada perdagangan, dasar persaingan, buruh serta dan alam sekitar.
Ia juga akan merangkumi elemen fasiliti perdagangan yang baru seperti penggalakan pengawalseliaan yang konsisten, peningkatan penawaran rentas sempadan dan sambungan serta kemudahan perusahaan kecil dan sederhana antara anggota TPP.
TPP ini juga boleh bertindak sebagai laluan ke kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik.
Dua belas negara TPP mewakili pasaran yang besar, menguasai hampir 40 peratus daripada Keluaran Negara Kasar global dan kira-kira satu pertiga daripada perdagangan dunia.
-Bernama