OSA: 5 wartawan saksi perbicaraan Ezam
Aman RaisPublished: Apr 29, 2001 9:52 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Lima wartawan tempatan akan dipanggil sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) seorang pemimpin pembangkang yang bermula Isnin depan.

Ketua Pemuda Parti KeADILan Nasional, Mohamed Ezam Mohd Nor dituduh mengedarkan dokumen rahsia berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.
Dokumen BPR kepada Jabatan Peguam Negara tersebut diedarkan kepada wartawan dalam satu sidang akhbar November lalu.
Mereka yang akan dipanggil termasuklah seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia, The Star, agensi berita Bernama dan dua orang dari Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan akhbar mingguan Eksklusif.
Wartawan tersebut dikehendaki hadir di mahkamah mulai Isnin hingga Jumaat minggu depan.
Sumber-sumber memberitahu malaysiakini, semua saksi itu telah menerima sapina mereka semalam dan hari ini.
Mereka merupakan sebilangan wartawan yang menghadiri sidang akhbar Ezam untuk mendedahkan apa yang disifatkan "perbuatan rasuah" menteri berkenaan.
Sidang akhbar tersebut diadakan di Ibu Pejabat KeADILan di Pusat Dagangan Phileo Damansara pada 7 November lalu, beberapa hari menjelang pembubaran Parlimen untuk pilihan raya umum.
Dalam sidang akhbar itu juga, Ezam mendedahkan dokumen yang mengandungi maklumat rahsia rasmi mengenai hasil siasatan BPR terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Seri Abdul Rahim Thamby Chik.
Kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Jika sabit kesalahan, Ezam boleh dikenakan hukuman penjara mandatori satu hingga tujuh tahun.
Ezam didakwa di bawah seksyen 8 (1) (i) akta tersebut dalam sebutan pertama pada 7 Januari lalu. Beliau akan diwakili oleh peguam Zainur Zakaria dalam perbicaraan tersebut.
Sementara itu Ezam yang dihubungi malaysiakini pagi ini berkata, pihaknya akan cuba mendapat penangguhan bagi membolehkan beliau, yang bertugas sebagai Pengarah Pilihanraya KeADILan, memberikan tumpuan kepada kempen di Telok Kemang.

View Comments0