MB: RM7j termasuk perbelanjaan lain
Koh Jun LinDiterbitkan: Feb 12, 2014 1:41 PM | Dikemas kini: Feb 12, 2014 1:47 PM
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan penjimatan perbelanjaan yang dipertikaikan dalam kos berhubung pemecatan 19 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) dengan mengatakan bahawa angka RM7 juta yang dinyatakannya itu termasuk termasuk perbelanjaan lain.
Menurutnya, angka RM2 juta yang diberikan oleh bekas kakitangan hanya mencakupi gaji mereka tetapi tidak perbelanjaan lain yang ditanggung sepanjang perkhidmatan mereka.
"... gaji adalah salah satu sebahagian daripada perbelanjaan, tetapi, apabila anda menguruskan sebuah perbadanan, ia termasuk perkara-perkara lain - sewa, elektrik, segala-galanya," katanya dalam sidang akhbar hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri.
Beliau menambah bahawa dalam kebanyakan firma, akaun gaji merupakan kira-kira satu pertiga daripada perbelanjaan keseluruhan.
Bekas PHSB kakitangan sebelum ini menegaskan bahawa mereka hanya dibayar RM2 juta tahun lepas, berbanding RM7 juta yang disebut Khalid sebagai penjimatan daripada penamatan kontrak perkhidmatan mereka
Khalid menjustifikasikan tindakanmenamatkan perkhidmatan mereka dengan berkata ia menjimatkan perbelanjaan syarikat induk PHSB - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ) - kerana kerana terdapat pertindihan tugas antara kakitangan kontrak PHSB dan kakitangan tetap PKNS.
Sementara itu, Khalid mengumumkan bahawa anggota exco Iskandar Abdul Samad, Teng Chang Khim, dan Rodziah Ismail telah dilantik untuk memantau perbelanjaan PKNS, dengan berkata ada ruang untuk penambahbaikan, sebagai tambahan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap dakwaan penyalahgunaan dana untuk Kelab Bolasepak PKNS.
[Baca berita Penuh]