MCA perlu tunda EGM, tumpu PRK Kajang
BernamaDiterbitkan: Feb 12, 2014 12:51 PM | Dikemas kini: Feb 12, 2014 12:53 PM
MCA perlu menunda rancangan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh terdekat ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya kecil DUN Kajang.
Bekas Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata ini bukan masa yang sesuai untuk mengadakan EGM bagi mengkaji semula resolusi melarang pemimpinnya memegang jawatan dalam kabinet.
"Sepatutnya pemimpin MCA yang baru dipilih memberi tumpuan yang lebih untuk pilihan raya kecil Kajang bagi menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sekarang PKR sedang berkempen kuat dan saya lihat MCA masih belum buat apa-apa.
"MCA boleh tunda EGM itu selepas pilihan raya kecil dan sekarang ini adalah masa untuk buktikan bahawa parti itu masih relevan dan diterima rakyat," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Dr Mah Hang Soon bahawa kempen pungutan tandatangan dijalankan di seluruh negara bagi mendapatkan sokongan untuk mendesak kepimpinan parti mengadakan EGM itu.
- Bernama