Legasi Khalid Ibrahim
Aidila RazakDiterbitkan: Jan 31, 2014 7:57 AM | Dikemas kini: Jan 31, 2014 3:03 PM
TEMUBUAL Pada usia 67 tahun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu anda bahawa beliau kini melalui "tahun-tahun senja" kerjayanya.
Berdasarkan perkiraannya, pada tahun 2018 Khalid akan menghabiskan masanya melakukan perkara berikut: menulis buku, menghabiskan masa dengan cucunya Arif (ketika itu dalam prasekolah) dan melayan kucing-kucing peliharaan keluarganya.
Jadi, jika beliau digantikan ekoran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggotai Dewan Undangan Negeri, maka pemergiaan beliau akan berlaku beberapa tahun lebih awal.
"Itu tak kisah. Saya boleh memberitahu anda semua bahawa saya sangat bernasib baik. Ia adalah penghujung kerjaya saya.
"Saya memberitahu rakyat (bahawa) saya percaya dengan pengurusan dua penggal. Saya mengamalkan (sistem) pengurusan dua penggal (seperti di) Amerika dan sebelum tempoh dua penggal itu selesai, anda perlu menyediakan penggantinya," tegas Khalid.
Ini bukanlah pertama kali Khalid mengosongkan jawatan tinggi.
Pada tahun 1994 beliau meninggalkan Permodalan Nasional Bhd selepas 15 tahun berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutifnya dan dari tahun 1995 hingga 2003, beliau mengetuai Guthrie pula.
Beliau menganggap dirinya bernasib baik kerana dapat menimba semua pengalaman itu. Menurutnya, di PNB beliau meninggalkan sesuatu, di Guthrie juga beliau meninggalkan sesuatu, dan di Selangor, beliau juga mahu mahu meninggalkan sesuatu.
"Saya percaya pada legasi. Jika saya boleh mewujudkan legasi itu, maka saya puas hati," katanya.
Jika Khalid digantikan (beliau lebih suka melihatnya sebagai
memberi laluan, satu langkah "pilihan " dan bukannya satu paksaan), Jadi apa yang akan rakyat Selangor ingat mengenainya? Apa yang akan menjadi legasi beliau?
Untuk menjawab soalan ini, Khalid menuding kepada wang yang menggunung dalam rizab tunai Selangor - RM3 bilion!
[Baca berita penuh]
Berdasarkan perkiraannya, pada tahun 2018 Khalid akan menghabiskan masanya melakukan perkara berikut: menulis buku, menghabiskan masa dengan cucunya Arif (ketika itu dalam prasekolah) dan melayan kucing-kucing peliharaan keluarganya.
Jadi, jika beliau digantikan ekoran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggotai Dewan Undangan Negeri, maka pemergiaan beliau akan berlaku beberapa tahun lebih awal.
"Saya memberitahu rakyat (bahawa) saya percaya dengan pengurusan dua penggal. Saya mengamalkan (sistem) pengurusan dua penggal (seperti di) Amerika dan sebelum tempoh dua penggal itu selesai, anda perlu menyediakan penggantinya," tegas Khalid.
Ini bukanlah pertama kali Khalid mengosongkan jawatan tinggi.
Pada tahun 1994 beliau meninggalkan Permodalan Nasional Bhd selepas 15 tahun berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutifnya dan dari tahun 1995 hingga 2003, beliau mengetuai Guthrie pula.
Beliau menganggap dirinya bernasib baik kerana dapat menimba semua pengalaman itu. Menurutnya, di PNB beliau meninggalkan sesuatu, di Guthrie juga beliau meninggalkan sesuatu, dan di Selangor, beliau juga mahu mahu meninggalkan sesuatu.
"Saya percaya pada legasi. Jika saya boleh mewujudkan legasi itu, maka saya puas hati," katanya.
Jika Khalid digantikan (beliau lebih suka melihatnya sebagaimemberi laluan, satu langkah "pilihan " dan bukannya satu paksaan), Jadi apa yang akan rakyat Selangor ingat mengenainya? Apa yang akan menjadi legasi beliau?