Kementerian Dalam negeri (KDN) masih belum memberikan sebarang jawapan berhubung penggantungan akhbar mingguan The Heat, sebulan selepas penggantungannya.

Dalam kenyataan hari ini, pengurusan mingguan itu berkata mesyuarat terakhir dengan kementerian secara rasminya pada 23 Disember lalu.

"Kami telah menghantar surat terakhir ke Kementerian Dalam Negeri pada 20 Januari lalu, menambah tekanan kepada syarikat itu, terutamanya kepada kakitangan dan keluarga mereka," kata kenyataan tersebut.

Syarikat tersebut juga turut menghargai sokongan yang ditunjukkan kumpulan dan individu serta merayu pembaca setia akhbar The Heat agar dapat bersabar.

The Heat merupakan akhbar mingguan baru diterbitkan oleh kumpulan media HCK, telah digantung pada 10 Disember 2013. Mereka memfailkan rayuan dalam masa dua minggu.

Sehingga kini, KDN masih tidak menyatakan secara terperinci sebab penggantungan itu dibuat.

Ini menimbulkan spekulasi bahawa Pejabat Perdana Menteri tidak gemar dengan berita muka depan edisi 23-29 November tahun lalu bertajuk "All eyes on big spending Najib" yang mengkritik perbelanjaan perdana menteri dan isterinya.

[Baca berita penuh]