Keputusan benar rayuan Uthaya 18 Feb ini
Ram AnandDiterbitkan: Jan 15, 2014 7:56 AM | Dikemas kini: Jan 15, 2014 8:01 AM
Pemimpin Hindraf, P Uthayakumar akan mengetahui pada 18 Februari ini, sama ada dia akan dibenar merayu terhadap pertuduhan menghasut, serta hukuman penjara 30 bulan ke atasnya digantung.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Husin menetapkan tarikh itu hari ini, selepas mendengar hujahan peguam Uthayakumar, M Manoharan (kanan) dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin selama lebih empat jam sama ada untuk membenarkan rayuan Uthayakumar itu.
Uthayakumar, yang sedang menjalani penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Jun lalu kerana menulis surat berunsur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown pada 2007, duduk di sebelah Manoharan di bangku peguam semasa prosiding.
Uthayar kelihatan tenang dan melambai ke arah galeri awam yang penuh dengan penyokongnya.
[Baca berita penuh]