PAS tidak ikhlas sokong Anwar: Mahathir
Published: Apr 27, 2001 2:14 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
PAS hari ini didakwa berpura-pura membantu bekas Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila dipecat atas alasan tidak bermoral.
Parti itu sebenarnya "tahu lebih awal" moral Anwar itu tetapi PAS "menutup sebelah mata" dan "berpura-pura menyokong Anwar," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ketika merasmikan mesyuarat agung Umno kali ke-54 di bangunan PWTC.
"Jika Datuk Seri Anwar dan penyokongnya menyangka PAS akan melantiknya (Anwar) sebagai Perdana Menteri selepas mereka menang, mereka sebenarnya bermimpi di siang hari," kata Mahathir.
"Kecuali Parti KeADILan (Nasional) memenangi lebih kerusi berbanding PAS dan DAP, tidak mungkin PAS menerima Anwar sebagai Perdana Menteri."
Presiden Umno yang baru dipilih tanpa bertanding itu juga menuduh KeADILan tidak memperjuangkan keadilan dan keluhuran undang-undang. "Sebenarnya KeADILan menyokong ketidakadilan dan menolak keluhuran undang-undang," katanya.
Tambahnya, perjuangan utama KeADILan ialah untuk mengelakkan Anwar daripada didakwa di mahkamah, dibicarakan, didapati bersalah atau dipenjarakan.
"Jelas, hanya keputusan tidak bersalah yang boleh diterima oleh KeADILan. Apa guna keluhuran undang-undang jika keputusan tidak bersalah sahaja diterima?" kata Mahathir lagi.
Beliau juga menyerang Anwar mengenai isu konspirasi. "Dakwaan (tidak bermoral) terhadap Anwar tidak pernah ditolak olehnya. Sebaliknya semuanya dituduh berkonspirasi, khususnya Perdana Menteri, untuk menjatuhkan Anwar," hujahnya seterusnya.
"Konspirasi sebesar itu seperti dakwaan Anwar dalam perbicaraan pertama (tentang rasuah) mustahil berlaku."
Selain menyerang bekas timbalannya itu, Mahathir juga mengkritik PAS. "Sejak PAS ditubuhkan, strateginya ditumpukan untuk mencipta kebencian (rakyat) terhadap Umno kerana mereka (PAS) mendakwa Umno tidak Islamik," katanya.
"Tujuan utama PAS ialah mentadbir kerajaan Persekutuan. Untuk tujuan itu, ahli PAS sanggup berkempen untuk DAP, atau menjulang roket (lambang DAP) sambil melaungkan 'Allah-u- Akhbar'," katanya lagi.

View Comments0