Iban selar diam PM pada rampasan Bible
Diterbitkan: Jan 12, 2014 3:24 AM | Dikemas kini: Jan 12, 2014 5:42 AM
Masyarakat Iban Sarawak menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana berdiam diri terhadap rampasan lebih Bible berbahasa Melayu dan Iban di Persatuan Bible Malaysia (BSM), Petaling Jaya pada 2 Januari lalu.
Gempuru Besai Sarawak, kumpulan yang mendakwa mewakili 6,000 penutur Iban di Borneo, berkata serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jelas melanggar penyelesaian 10 perkara oleh kabinet.
“Masyarakat Kristian Iban memandang serius terhadap perdana menteri, yang menandatangani perjanjian 10 perkara, tetapi berdiam seribu bahasa terhadap pencerobohan hak-hak Kristian Iban terhadap kebebasan beragama,” kata Paderi Greman Ujang, jurucakap kumpulan itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Greman menggesa kabinet memberi jaminan bahawa Bible berbahasa Iban dan bahan-bahan pengajaran lain Kristian dalam bahasa itu tidak akan diganggu oleh mana-mana agensi penguatkuasaan negeri.
“Ini jaminan yang dilafazkan di hadapan nenek moyang kami pada permulaan Malaysia,” kata Greman lagi.

