Comango akan fail semakan kehakiman
Diterbitkan: Jan 9, 2014 10:42 PM | Dikemas kini: Jan 10, 2014 8:01 AM
Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) menafikan dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa ia memperjuangkan hak-hak yang 'menyeleweng dari Islam'.
Ia juga berkata pengharaman KDN terhadap gabungan itu tidak dilakukan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966, dan ia akan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan tersebut.
Dalam satu kenyataan, Comango berkata ia terkejut kerajaan menggunakan Islam sebagai alat politik untuk menutup mulut kritikan tentang pencabulan hak asasi manusia, dan terhadap pembela hak asasi manusia.
Comango menegaskan bahawa tiada satu pun usahanya yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan presentasinya kepada Majlis Hak Asasi Manusia bagi Penilaian Penggal Sejagat, Bangsa-Bangsa Bersatu (UPR) adalah sebahagian daripada proses yang dibenarkan oleh PBB.
Ia menegaskan bahawa semua anggota PBB termasuk negara-negara Islam telah mengambil bahagian dalam proses kajian semula itu tentang rekod hak asasi manusia masing-masing.
Oleh kerana Malaysia sedang melobi untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Keselamatan PBB, maka Comango berkata kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam beberapa proses PBB dan pada masa yang sama, menafikan yang lain.
Menurutnya lagi, proses UPR adalah sebagai satu mekanisme yang direka untuk mendorong, menyokong dan memperluaskan promosi dan perlindungan hak asasi manusia untuk sama-sama dinikmati oleh setiap manusia, dengan matlamat untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia di setiap negara.
Oleh itu, tegasya, tindakan kerajaan melalui KDN itu adalah bertentangan dengan matlamat tersebut dan melanggar hak-hak untuk kebebasan bersuara dan berpersatuan.
[Baca berita penuh]