Bekas pelajar Mesir dibenar pohon PTPTN
BernamaDiterbitkan: Jan 8, 2014 2:44 PM | Dikemas kini: Jan 8, 2014 3:59 PM
Bekas pelajar Mesir yang memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dibenar membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurut kenyataan PTPTN hari ini, hanya pelajar persendirian yang mendaftar di IPT tempatan boleh membuat permohonan khas itu yang bermula hari ini hingga 15 Jan untuk kelompok pertama dan kelompok kedua pada 16 Januari hingga 15 Februari melalui lamanweb PTPTN, www.ptptn.gov.my.
Pelajar tajaan JPA dan Mara tidak layak memohon pembiayaan PTPTN. Mana-mana permohonan yang dibuat selepas tarikh di atas tidak dianggap permohonan khas tetapi sebagai permohonan biasa, kata PTPTN.
Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi 03-20804455.
Kerajaan membenarkan pelajar Malaysia yang menuntut pengajian di Mesir untuk menyambung pengajian di IPT tempatan ekoran pergolakan di negara itu baru-baru ini.
- Bernama