Kerajaan perlu hindar double standard' kempen pelajar
'Ein AzmiPublished: Apr 26, 2001 11:18 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Kerajaan digesa menghindarkan sikap "double standard" terhadap tuduhan pelajar membantu kempen pihak pembangkang di pilihanraya kecil Telok Kemang. Pemimpin-pemimpin mahasiswa juga berpendapat segala tuduhan terhadap penglibatan pelajar dalam politik perlu dibuktikan.
Akhbar harian hari ini melaporkan penglibatan 200 pelajar Universiti Putra Malaysia membantu parti-parti pembangkang berkempen di pilihanraya kecil itu. Menurut sumber itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi mengarahkan Kementerian Pendidikan dan pengurusan universiti bertindak tegas terhadap penuntut yang terlibat dalam kempen parti pembangkang.
"Peruntukan Akta sudah menjelaskan bahawa para pelajar tidak dibenarkan berkempen untuk mana-mana pertubuhan politik. Bagaimanapun laporan tersebut perlu dibuktikan kerana ia melibatkan pelajar secara keseluruhannya," ulas Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Saparudin Yusup kepada malaysiakini.
"Pertimbangan harus diberikan kepada para pelajar kerana pihak Universiti mempunyai prosedur bagi menilai kes-kes tersebut," tambahnya.
Pihak kerajaan juga diminta menyiasat perkara tersebut, termasuk dakwaan penglibatan pelajar membantu kempen Barisan Nasional pada pilihanraya kecil di Sanggang lalu, Kata Ahmad Saparuddin.
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, Mohd Hafeez Abd. Samad pula mengulas saranan Perdana Menteri dalam perhimpunan Agong lalu bagi memberi kelonggaran kepada mahasiswa berpolitik ternyata bercanggah dengan kenyataan Pak Lah hari ini.
"Mahasiswa perlu diberi ruang dan penglibatan pelajar dalam politik perlu dilihat dari sudut yang positif," ujar Hafeez berhubung kecenderungan para pelajar terhadap politik kepartian.
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 1975) di bawah seksyen 15 melarang pelajar daripada menyatakan simpati, sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja, orang atau pertubuhan haram.
Menurut Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Iqbal Yusof, Akta universiti itu telah menyekat pemimpin pelajar bangkit menyuburkan kesedaran politik dikalangan para pelajar.
"Sudah tiba masanya pelajar diberi ruang menjadi pemantau atau setidak-tidaknya pembantu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang selama ini hanya kakitangan awam dibenarkan menjadi pembantu sukarela," ujar Iqbal.
Melalui pindaan ini, perwakilan pelajar akan dilihat sebagai tidak memihak kepada mana-mana parti (pure student movement). Tambah beliau, pelajar juga tidak akan dituduh sebagai alat berkepentingan kepada mana-mana pertubuhan parti.
Sementara itu, Ketua Pemuda KeADILan, Mohamad Ezam Mohd. Nor, berkata tuduhan kerajaan terhadap kempen Barisan Alternatif sebagai menakut-nakutkan para pelajar yang mahu melihat perkembangan di sini.
"Saya tidak nampak penglibatan yang besar daripada pihak pelajar seperti yang dilaporkan," ujar Pengarah Pilihanraya Kecil partnya.
Beliau mengulas kenyataan Pak Lah "sebagai tindakan gelabah" jentera BN terhadap sokongan yang semakin ketara di kalangan pengundi Melayu. Ezam juga menyelar tindakan menghantar tiga buah "water canon" dan trak-trak FRU di pekan Pasir Panjang seolah-olah menakut-nakutkan para pengundi di kawasan tersebut.

View Comments0