'Kasanova bersiri' berjaya dicekup semula
BernamaDiterbitkan: Jan 3, 2014 10:55 PM | Dikemas kini: Jan 3, 2014 10:56 PM
Seorang tahanan dikenali sebagai 'kasanova bersiri' yang meloloskan diri dari Mahkamah Seksyen di George Town, Pulau Pinang, Oktober lepas, berjaya ditahan semula berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Raja Laut di ibunegara kelmarin.
K Prabaharan, 45, seorang juruteknik komputer, ditangkap oleh pasukan khas dari Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi ketika cuba melarikan diri dari kawasan itu pada pukul 7.30 malam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah ketika dihubungi oleh Bernama hari ini berkata pasukan itu mengesan Prabaharan di kawasan tersebut selepas menjalankan pemerhatian ke atas pergerakan lelaki itu.
Beliau berkata lelaki dihantar ke Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Prabaharan juga mempunyai lebih 10 pertuduhan kes penipuan di sekitar Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kedah itu ditahan pada Januari tahun lepas kerana memperdaya wanita dengan menyamar sebagai 'Datuk Seri' dan doktor.
Berikutan itu, seorang pegawai polis wanita, Asisten Superintenden (ASP) L Chandkumary, 56, didakwa di Mahkamah Majistret George Town atas tuduhan sengaja melepaskan kasanova itu.
Kasanova itu meloloskan diri ketika dalam perjalanan pulang ke Penjara Pulau Pinang selepas menjalani sebutan kes peringkat akhir di Mahkamah Cameron Highlands, pada 9 Oktober tahun lepas.
- Bernama