ISA: Timbalan Menteri jawab ulasan Utusan
Ein AzmiPublished: Apr 26, 2001 3:10 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Zainal Abidin Zin hari ini menjawab tulisan dalam Utusan Malaysia yang mengkritik sikapnya yang gemar menyarankan sesuatu kesalahan agar dihukum mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut ruangan 'Bisik-bisik' akhbar itu, kenyataan Zainal itu "memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak fikir panjang menggunakan ISA sedangkan kerajaan amat berhati-hati."
Akhbar itu dua hari lalu memetik kenyataan timbalan menteri itu yang mencadangkan ahli parti, sama ada kerajaan atau pembangkang, yang menggunakan wang untuk merebut jawatan ditahan di bawah ISA.
Sebelum itu, menurut penulis pojok itu Awang Sulung, Zainal pernah berkata guru yang bertanggungjawab menyediakan soalan peperiksaan berbau politik boleh ditahan di bawah akta yang sama.
Bagaimanapun Awang mendakwa Menteri Dalam Negeri atau pemimpin-pemimpin kanan kerajaan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Zainal mendakwa kenyataannya itu dibuat selepas disoal oleh wartawan akhbar itu sendiri dan menurutnya, wartawan itu pernah menyatakan ada pihak pernah berkata demikian.
"Pemberita Utusan kata ada orang lain yang bercakap lebih awal (untuk menggunakan ISA), sebab itu pemberita bertanya," katanya dalam kenyataan bertulisnya yang diedarkan di luar Dewan Rakyat.
"(Penulis itu) Awang kena tanya pemberita Utusan (itu) kerana mereka anak buah Awang."
Beliau menambah, tindakan di bawah akta ISA "hanya diambil sebagai langkah terakhir" terhadap ucapan atau tulisan yang membangkitkan kebencian antara rakyat, tuduh-menuduh dan perbuatan yang "boleh menghangatkan keadaan."
Zainal juga mempertahankan hujahnya untuk menggunakan ISA terhadap pengamal rasuah.
"Cara ini (politik wang) akan mencacatkan senario politik yang lebih membahayakan bukan dalam peringkat membeli undi sahaja tetapi membeli calon," katanya lagi, menyatakan kebimbangan rasuah wang dalam jumlah yang besar dari negara luar.

View Comments0