Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman menjelaskan, Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi bagi menghadiri persidangan Wanita di Qatar bukan mewakili kerajaan, tetapi jemputan peribadi.

Namun timbul rasa kurang senang rakyat apabila Rosmah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan tersebut.

Ia merupakan tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, kerana menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Sebagai timbalan perdana menteri,Muhyiddin harus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana Rosmah dijemput menghadiri persidangan tersebut atas kapisiti peribadi dan bukannya jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia.

Sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi.

JINGGA 13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salah guna kuasa yang dilakukan oleh timbalan perdana menteri dan bertindak secara profesional dan adil.

Tindakan Muhyiddin sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana beliau merupakan timbalan perdana menteri dan tindakannya boleh menjadi contoh tidak baik kepada kakitangan kerajaan.


FARIZ MUSA ketua koordinator JINGGA 13.