'Jangan jadi pemimpin Umno progresif tapi selektif'
WAWANCARA Seringkali dilihat menyuarakan pandangan bernas dalam Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan pemimpin parti itu tidak boleh menjadi selektif dalam suasana persekitaran politik hari ini.
"Sekiranya kamu ingin menjadi progresif, maka (kamu) cuma perlu menjadi progresif.
"Kamu tidak boleh jadi progresif bila berdepan dengan hadirin tertentu dan kemudian menukar nada kepada hadirin yang lain," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Saifuddin berkata ahli politik tidak boleh bersetuju dengan kenyataan berbentuk ekstrem yang dikeluarkan beberapa tahun lalu.
Ia juga mengingatkan bahawa "tiada apa yang boleh disembunyikan" dalam era penggunaan Internet.
Menurutnya, tiada perkara yang boleh disembunyikan kerana apa yang diperkatakan, pada masa itu juga, rakyat akan menyebarkannya melalui media sosial Twitter atau Facebook.
Saifuddin berkata beliau sedar apa yang diucapkan oleh seorang ketua Pemuda Umno suatu ketika dahulu.
Beliau juga berkata berjumpa dengan pelbagai pihak yang masih lagi mengingati apa yang diperkatakannya.
"Rakyat Malaysia kadang-kadang tidak mudah lupa," kata bekas MP Temerloh itu sambil berharap dapat dilantik semula sebagai anggota Majlis Tertinggi yang berlangsung bulan lalu.
[Baca berita penuh]

