Pengawal 'makan tuan', KDN digesa bertindak
Diterbitkan: Nov 1, 2013 7:01 AM | Dikemas kini: Nov 1, 2013 9:44 AM
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan yang kakitangannya terlibat secara dengan jenayah termasuk samun.
"Kejadian semalam apabila sebuah kedai emas di di pusat membeli belah KL Festival, Setapak disamun pengawal keselamatan yang menjaganya, menambah lagi koleksi pengawal keselamatan yang ‘memakan tuannya’," tegas ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Riduan Mohd Nor.
Sebelum ini, katanya seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank di USJ Sentral 2, Subang Jaya sebelum melarikan wang tunai RM450,000.
"DPPM melihat kes ini amat serius dan perlu diambil tindakan segera.
"Syarikat terbabit perlu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut dan menjelaskan bagaimana kakitangannya boleh terlibat melakukan jenayah.
"Jika perlu, syarikat tersebut boleh ditamatkan perkhidmatan, digantung lesen, disaman, dan lain-lain tindakan tegas sebagai peringatan kepada mereka," kata Dr Riduan dalam satu kenyataan.
Tambahan pula, tambahnya, siasatan atau kajian menyeluruh perlu dibuat berkenaan modus operandi jenayah terancang seperti ini.
"Apakah penjenayah sudah memasuki fasa terbaru dengan menukar strategi dan modus operandi mereka dalam melakukan sesuatu operasi jenayah?
"Mungkinkah penjenayah bergerak melalui platform rasmi serta mempunyai pakaian uniform seperti pengawal keselamatan untuk melakukan jenayah terancang?" soalnya lagi
DPPM, tegasnya, berpendapat pasukan keselamatan seperti Polis, tentera dan RELA, perlu dikerahkan memantau pergerakan pengawal keselamatan di mana-mana premis penting.
"Selain menggunakan kamera litar tertutup, pemantauan perlu dibuat setiap masa sama ada secara sedar atau tidak bagi mengelakkan pengawal keselamatan melakukan jenayah di sesuatu lokasi dan tindakan pencegahan yang pantas diambil terhadap kegiatan jenayah yang dilakukan," tambahnya.
"Kejadian semalam apabila sebuah kedai emas di di pusat membeli belah KL Festival, Setapak disamun pengawal keselamatan yang menjaganya, menambah lagi koleksi pengawal keselamatan yang ‘memakan tuannya’," tegas ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Riduan Mohd Nor.
Sebelum ini, katanya seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank di USJ Sentral 2, Subang Jaya sebelum melarikan wang tunai RM450,000. "DPPM melihat kes ini amat serius dan perlu diambil tindakan segera.