Lambat lagi pengwujudan bangsa Malaysia
Sebagai contohnya, elok direnung di sini sejarah dan pengalaman negara-negara lain dalam mewujudkan bangsa mereka.
Di Kanada, wilayah Quebec ingin keluar dari Kanada kerana rakyat wilayah itu kebanyakan berketurunan Peranchis manakala penduduk selebihnya di wilayah lain di Kanada adalah berketurunan Inggeris.
Di Indonesia, wilayah Acheh ingin merdeka kerana pemerintah Indonesia kebanyakannya adalah keturunan Jawa, walaupun sama-sama satu rumpun Melayu dan sama agama.
Di zaman Presiden Suharto, pemerintah Indonesia gagal mewujudkan bangsa Indonesia walaupun orang Cina di Indonesia diarahkan menukar nama Cina mereka kepada nama Indonesia dan berbahasa Indonesia sesama mereka.
Negara Yugoslavia juga berpecah selepas kematian Tito dan gagal untuk mewujudkan bangsa Yugoslavia. Manakala bangsa Malaysia bererti satu bangsa yang mempunyai adat resam yang baru, bahasa yang baru dan amat susah untuk menjadi kenyataan.

