Isu Mesir: Diam bukan pilihan
Pertubuhan Pemuda Gema MalaysiaDiterbitkan: Aug 28, 2013 10:42 AM | Dikemas kini: Aug 28, 2013 3:22 PM
Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) mengajak masyarakat untuk turut sama menjayakan kempen Silence is Not an Option (SiNaO) yang telah digerakkan semenjak minggu lepas.
Kempen yang dianjurkan secara bersama dengan sebuah pertubuhan mahasiswa, IKRAM Siswa ini adalah kempen untuk menyatakan protes masyarakat terutamanya golongan belia dan mahasiswa terhadap penindasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri.
Koordinator II kempen ini, Wan Muhammad Wan Ibrahim menyatakan bahawa tindakan kejam pihak tentera Mesir tidak dapat diterima walaU apa pun alasan yang diberi oleh pihak tentera.
"Masyarakat perlu bersama menyatakan bantahan walau dengan apa jua cara pun. Berdiam diri bukanlah lagi suatu pilihan apabila melihat kekejaman yang berlaku ini" katanya lagi yang juga merupakan Setiausaha Agung GEMA.
Melalui kempen ini, masyarakat boleh menyatakan protes sama ada dengan menghantar petisyen secara dalam talian, menghantar e-mel bantahan kepada kedutaan Mesir, dan juga kepada kedutaan Amerika Syarikat dan Arab Saudi atas sokongan kepada tentera Mesir.
Selain itu, orang ramai juga boleh memilih untuk menghantar poskad menyatakan bantahan kepada pihak kedutaan.
Orang ramai boleh melayari https://www.facebook.com/sinao.campaign atau emel ke sinao.campaign@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini.
Menurut Wan Muhammad lagi, GEMA juga akan menjayakan GIG4EGYPT pada 31 Disember 2013. Konsert ini dianjurkan secara bersama dengan Nasyid Underground.
"Selain itu, satu perlawanan amal juga akan diadakan pada bulan September antara kelab bola sepak GEMA, GEMA FC dan Kelab Penyokong Manchecter City Malaysia," tambahnya.
Beliau menyatakan bahawa program-program ini merupakan antara usaha-usaha memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai kekejaman yang sedang berlaku di Mesir dan satu usaha mengajak masyarakat turut menyatakan protes terhadap kekejaman tentera negara itu.
Orang ramai yang berminat untuk turut sama menjayakan dan menghadiri program ini boleh menghubungi Saudara Wan Muhammad melalui emel wan.am1981@gmail.com.