TI-M gesa ubah status rahsia semua dokumen perolehan
Diterbitkan: Aug 23, 2013 3:26 AM | Dikemas kini: Aug 23, 2013 3:31 AM
Transparency International-Malaysia (TI-M) mendesak semua dokumen perolehan, termasuk berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diubah status.
"Rahsia rasmi atau rahsia penting sepatutnya digunakan pada dokumen sensitif kerajaan termasuk perolehan peralatan pertahanan tentera; semua dokumen lain patut boleh diakses oleh wakil rakyat untuk penelitian.
"Ini sekali gus akan mengembalikan keyakinan awam kepada kerajaan, yang sebelum ini, selelalu dilihat bekerja dalam keadaan rahsia," kata badan pemantau rasuah itu dalam kenyataan semalam.
Kenyataan TI-M itu sebagai respon kepada sidang media anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng pada Rabu yang mengetengahkan isu perjanjian konsesi AES Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd secara rahsia.
Ini berdasarkan jawapan bertulis pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien dalam Parlimen pada 17 Julai bahawa dokumen berkaitan terkelas sebagai rahsia.
[Baca berita penuh]