Selepas 100 hari mandat baru pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau masih tidak nampak komitmen jelas kerajaan untuk merealisasikannya agenda keharmonian nasional pasca pilihan raya umum.

NONE"Saya tidak nampak komitmen yang jelas untuk dia nak buat sesuatu (tentang perkara itu) dan lebih kepada gembar gembur politik," kata Mahfuz dalam sidang medianya hari ini.

Agenda keharmonian nasional (national reconciliation) itu menjadi ikrar pertama Najib selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Awal pagi 6 Mei, Najib berucap secara langsung di kaca televisyen dengan berkata, keputusan pilihan raya hari umum itu menunjukkan trend polarisasi pengundian yang membimbangkan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Justeru itu, tambahnya, kerajaan akan memperkenalkan projek keharmonian nasional untuk mengekang fahaman keterlaluan