SU Kerja: Mesyuarat cawangan Umno lancar
Sehingga ini semua mesyuarat cawangan berjalan lancar, katanya pada sidang akhbar di Masjid Tanah di sini, semasa mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.
Antara yang hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Idris Harun serta lebih 1,000 anggota masyarakat setempat.
Semalam, Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pengurusan Umno bersetuju melanjutkan tarikh akhir mesyuarat cawangan Umno daripada 31 Ogos kepada 15 September depan.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah seperti disebut-sebut, Ab Rauf berkata beliau belum bersedia untuk mengulas berkenaan perkara itu.
Jawatan itu kosong bila Datuk Wira Abu Seman Yusop, bekas timbalan menteri dalam negeri, membuat keputusan melepaskannya.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Datuk Ismail Othman dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik adalah antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.
- Bernama

