Telah banyak saya terbaca berita-berita di sana-sini berkenaan usaha kerajaan yang ingin memupuk semangat integrasi pelbagai kaum di negara kita yang tercinta ini dan juga banyak pendapat yang disiarkan. Ingin saya luahkan pengalaman saya dalam kebanyakan program kerajaan, khususnya di bidang pendidikan.

Sewaktu berlajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, betul sekali kami tidak berkenalan seorang pun pelajar bukan Cina di halaman sekolah tetapi sepanjang enam tahun itu, tidak terlintas sekali pun dalam fikiran saya ada 'unsur perkauman' semasa bergaul dengan jiran budak-budak Melayu and India. Walaupun tidak boleh (bukan setakat tidak mahir tetapi lebih teruk) bertutur bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kami masih boleh dan selalu berjumpa, bermain dan juga berkawan dengan budak-budak Cina, India and Melayu dari kawasan lain.

Saya masih boleh teringat plaster yang diberi oleh anak doktor (India) sewaktu kami tercedera and nasi lemak percuma dari anak penjaja (Melayu) sewaktu kami lapar, tambah sekali Coca-Cola anak businessman (saya). Bukan saya kami boleh bermesra, sepupu kami yang kadang-kadang melawat pun bergaul sekali. Begitu mesra dan terbuka hati kami.

Sewaktu belajar di sekolah menengah kebangsaan, keadaan mula berubah. Kami terasa pelajar Melayu diberi perhatian dan layanan yang 'khas' oleh sebahagian guru-guru (harus dijelaskan sebahagian guru Melayu sahaja).

Layanan itu biasanya berkenaan keadaan pelajar sama ada keluarga, prestasi and tingkah-laku.Walaupun kami tidak berasa pelik sangat, kami sudah mula terasa 'perbezaan' antara kami. Sepanjang masa pelajaran sekolah menengah, kami masih boleh bergaul rapat di sekolah tetapi makin kurang di luar sekolah. kami sentiasa berasa ada guru yang take care pelajar Melayu.

Perasaan 'diskriminasi' paling kuat dirasai ialah sewaktu saya mula mengaji di Institut Pengajian Tinggi Awam (Ipta) tempatan. Terkejut saya apabila mengetahui keputusan rakan sekursus Bumiputera yang melayakkan mereka ke IPTA. Itupun tidak menimbulkan sebarang perasaan 'diskriminasi' kerana kami menerima pengajaran berkenaan program 'penyusunan semula masyarakat'.

Yang betul-betul menjahanamkan semangat integrasi kami ialah cara perlaksanaan dan program tertentu yang diterajui sebahagian 'ekstremis' di kampus. Masih terlaung di otak saya ialah beberapa patah perkataan daripada ucapan seorang pengawai tinggi Ipta di depan semua pelajar: "Anak-anak Melayu sekalian..." (tidak disusuri sebarang perkataan yang melibatkan pelajar bukan Melayu).

Beberapa pensyarah tidak mengendahkan rayuan mahupun membetulkan gred yang sewajarnya diberi kepada rakan sekursus (Cina) walaupun pensyarah sendiri mengaku tersilap key in. Tetapi sebaliknya, 'ujian semula' giat disediakan untuk pelajar yang lemah (sebahagian besarnya pelajar Melayu). Tindakan-tindakan yang berunsur 'perkauman' ini amat menyingung perasaan pelajar bukan Bumiputera di mana kami mula terasa keperluan untuk 'berdikari' meneruskan pengajian and kehidupan kami.

Dalam keadaan sedemikian, pelajar-pelajar Cina dan India makin berapat and makin berjauhan dengan pelajar Bumiputera. Sewaktu itu, sebahagian daripada kami faham tingkah-laku berunsur perkauman tersebut kemungkinan besar disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa pihak tertentu dan pernah kami saksikan kes di mana tindakan pembetulan diusahakan oleh pengawai Melayu juga.

Begitu juga pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan, saya amat yakin, memang berniat memupuk semangat integrasi rakyat sekalian, demi kemajuan dan keamanan tanahair. Tetapi yang mengecewakan ialah sebahagian pegawai yang dikuatkuasakan melaksanakan program tersebut, sengaja mengikut pandangan sempit dan perasaan perkauman dirinya. Ditambah pula sistem pentadbiran yang tidak sempurna, maka kes-kes penyalahguaan kuasa and kesilapan tidak dapat diketahui teraju kepimpinan kerajaan. Seterusnya, ini menjejaskan niat asal kerajaan.

Bukan kaum Cina tidak bersetuju dengan perubahan di sekolah jenis kebangsaan Cina tetapi khuatir tiada jaminan pengawai yang membuat perubahan yang tidak terkawal yang tidak diingini. Bukan sebahagian penjaja-penjaja Cina tidak memohon lesen perniagaan tetapi memang benar ada pihak yang mengenakan garis panduan yang amat 'ketat' berbanding dengan yang diberi kepada kaum Bumiputera.

Saya berharap dan berfikir demikian juga, dengan terus berkembangnya tahap pemikiran rakyat melalui peningkatan pendidikan, kesilapan dan penyalahgunaan kuasa boleh dikurangkan and segala program kerajaan boleh dilaksanakan dengan seadil dan sewajarnya yang mungkin.