Bagai jerung lawan ikan bilis
Walaupun dengan handicap yang ketara, PAS tetap dapat menambah jumlah pengundi yang menyokongnya di Pendang dan dapat pula terus mempertahankan Anak Bukit, malah menerima undi dari bukan Melayu (Islam).
Dengan kekuatan segala bentuk jentera kerajaan, terutama media, wang ringgit yang ditaburkan dan berdasarkan gembar-gembur media kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan telah mendapat semula sokongan rakyat, sepatutnya Umno (Baru) mendapat menang besar apatah lagi dengan dua calon yang kononnya amat berpengelaman. Apatah lagi memandangkan sebelum 1999 kawasan berkenaan juga kawasan Umno (Baru).
Adakah jutaan wang ringgit yang diperuntukkan tidak sampai ke sasaran yang sepatutnya? Maklumlah kawasan Pendang ramai rakyat yang amat memerlukan wang ringgit.
Atau ada yang tidak kena dengan Umno (Baru) yang telah jauh menyimpang dan telah tidak dapat disorok lagi daripada pengetahuan rakyat dan rakyat pula telah ramai yang celik dan tidak dapat dikaburi oleh media dan wang ringgit?

