'Surat ringkas' batalkan keputusan CEC, kata DAP
Diterbitkan: Jul 31, 2013 8:41 AM | Dikemas kini: Jul 31, 2013 8:48 AM
DAP akhirnya menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu namun sebabnya tidak dinyatakan, kata setiausaha penganjurnya.
Anthony Loke berkata, surat itu diserahkan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam.
Menurut Loke (kanan), ia ditandatangani Penolong Pengarah Kanan ROS Desmond Das.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, "kerisauan terbesar" DAP yang surat itu bermotifkan politik menjadi kenyataan apabila melihat surat yang begitu ringkas itu.
"ROS hanya menyatakan dalam surat bertarikh 30 Julai itu yang mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP, tanpa menyatakan alasan dan sebab-sebabnya," kata Lim.
[Baca berita penuh]
Anthony Loke berkata, surat itu diserahkan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam.
Menurut Loke (kanan), ia ditandatangani Penolong Pengarah Kanan ROS Desmond Das.Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, "kerisauan terbesar" DAP yang surat itu bermotifkan politik menjadi kenyataan apabila melihat surat yang begitu ringkas itu.
"ROS hanya menyatakan dalam surat bertarikh 30 Julai itu yang mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP, tanpa menyatakan alasan dan sebab-sebabnya," kata Lim.
[Baca berita penuh]

