Anggota Parlimen Ipoh Barat daripada DAP M Kula Segaran gagal dalam permohonannya untuk mencabar pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri sebelum mengangkat sumpah sebagai senator.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan itu pagi tadi dengan berkata, pelantikan dan upacara angkat sumpah dua perkara yang berbeza.

"Saya setuju dengan hujah responden bahawa pelantikan itu dibuat sebelum upacara angkat sumpah.

Oleh itu, permohonan mendapatkan kebenaran (oleh Kula Segaram) ditolak tanpa kos."

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hadir mewakili menteri dan timbalan menteri itu.

[Baca berita penuh]