Insp S Hare Krishnan hari ini menjadi pegawai polis keempat yang didakwa di mahkamah berhubung kes kematian dalam tahanan N Dhamendran.

Hare Krishnan, 40, didakwa mengikut Seksyen 302 dan 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.

Judge Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan agar kes disebut semula selepas laporan bedah siasat Dhamendran diperolehi, dijangka pada 2 Ogos.

Tertuduh diwakili peguam S Kavita dan N Kalyana Sundaram.

Hare Krishnan semalam menyerah diri kepada polis pagi semalam.

[Baca berita penuh]