PRK Kuala Besut: Pengajaran buat PAS dan BN
Abdul Rahim SabriDiterbitkan: Jul 25, 2013 3:50 AM | Dikemas kini: Jul 25, 2013 5:35 AM
ANALISIS Keputusan pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut malam tadi memperlihatkan kekuatan sokongan pada BN dan PAS masih seimbang selepas pilihan raya umum Mei lalu.
Pertambahan undi majoriti BN tidak begitu signifikan bagi menggambar kekuatan jentera kempen BN berbanding angka sasaran pada awal kempen yang diyakini akan tercapai sebanyak 4,000 undi. BN sebaliknya hanya menambah 158 undi majoriti.
Malam tadi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman diumum berjaya menjadi ADUN Kuala Besut apabila mendapat 8,288 undi berbanding 5,696 undi calon PAS, Azlan Yusof.
Walaupun gagal merampas kerusi tersebut, tetapi PAS masih mampu mengekalkan pengaruh penyokongnya. Majoriti pengundi luar tidak pulang kerana pengundian dibuat pada hari berkerja dan faktor ini dilihat turut memberi kesan kepada RPK kali ini.
Walaupun pelbagai janji projek mega dan peruntukan jutaan ringgit oleh BN sepanjang tempoh 12 hari berkempen tetapi ia nampaknya hanya sedikit sahaja yang terpengaruh dan ia gagal diterjemah dengan undi yang besar.
Hal demikian sudah cukup bagi jentera BN memikirkan kembali pendekatan baru khususnya terhadap pengundi luar bandar dan pinggir bandar dalam pilihan raya umum atau RPK selepas ini.
Malah, semua 15 ADUN PAS pula berjanji akan memantau perkembangan janji yang ditaburi sebagai cabaran untuk kerajaan merealisasikannya sekaligus mempersoalkannya khususnya dalam sidang DUN jika janji tidak ditepati.
Sasaran 40 hingga 45 peratus pengundi luar pulang gagal dicapai memandangkan lazimnya pengundi luar akan menyokong PAS dan Pakatan sekaligus mampu mempengaruhi keluarga mereka menyokong gabungan pembangkang itu.
Berhempas pulas menangkis kempen pihak lawan, PAS pula mengemukakan agenda 16:16 dan kempen 'pelik' berbentuk ala karnival yang dikatakan tidak dapat diterima pengundi baru luar bandar untuk menyokong 'gaya baru' PAS itu.
Kegagalan menghadam tema dan cara baru yang diperkenal itu, apatah lagi beberapa selebriti dan tokoh politik hadir membantu kempen PAS di situ, menyebabkan pengundi luar bandar sukar menterjemahkannya di kertas undi.
Isu tanah, mempertikaikan projek terbengkalai, isu royalti minyak Terengganu serta menggembur semula sejarah kegemilangan PAS pada 1999-2004 atas pentas ceramah, tidak membangkitkan gelombang sokongan pengundi baru kepada parti itu.
Sementara Pemilihan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil turut menimbulkan persepsi dan cakap-cakap pemboikotan jentera parti khusus dari Terengganu sehingga melemahkan jentera parti.
Walaupun penafian keras itu dibuat oleh beberapa kepimpinan parti, tetapi timbul persepsi 'kurang enak' kepada jentera dan pergeseran lama - Kelantan dan Terengganu - kembali berbekas dan dilihat melemahkan strategi parti khususnya minggu pertama kempen.
Mungkin kepimpinan parti perlu memikirkan semula tindakan melantik naib presiden untuk mengetuai pilihan raya kecil, dan menyerahkannya kepimpinan negeri yang terlibat bagi mengendur ketegangan sekaligus meningkat kekuatan sokongan.
Kesimpulannya, kekuatan sokongan yang diberikan kepada PAS dan BN dalam pilihan raya kecil adalah sama sewaktu pilihan raya umum - tiga bulan lalu. Sekalipun kekuatan kempen oleh kedua-dua parti, tetapi kekuatan sokongan pengundi tidak berubah.
Sebaliknya pendekatan kedua-dua parti juga perlu berubah. Di Kuala Besut bukan membawa tema baru atau projek besar, tapi bagaimana kedua-dua parti mampu meyakinkan mereka untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dengan harga barang yang tinggi.