Seludup rokok rugikan duti 'berbilion' ringgit
Aidila RazakDiterbitkan: Jul 24, 2013 6:03 AM | Dikemas kini: Jul 24, 2013 6:06 AM
Penyeludupan berleluasa rokok ke Sabah menyebabkan Malaysia mengalami kerugian besar dalam bentuk duti tahun demi tahun, suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.
Ditanya oleh pesuruhjaya Henry Chin sama ada jumlah itu bernilai berbilion ringgi, Penolong Pengarah Jabatan Kastam Sabah Mohd Fazli Abdullah berkata "ya".
Dia juga bersetuju ketika ditanya sama ada aktiviti haram itu melibatkan warga asing.
Mohd Fazli memberikan keterangan berdasarkan statistik tangkapan yang dibuat dari 2007 hingga Mei 2013.
Duti yang boleh dikutip daripada barang rampasan untuk tempoh itu kira-kira RM7.8 juta.
Chin, bekas ketua polis Kuala Lumpur kemudian berkata, formula standard digunakan dalam membuat anggaran untuk setiap kes yang muncul, dengan anggapan lima lagi tidak diketahui.
"Jadi kita bercakap tentang kerugian duti kira-kira RM35 juta juta," katanya sambil berkata, empat daripada 10 kotak rokok di Sabah daripada sumber penyeludupan.
[Baca berita penuh]
Ditanya oleh pesuruhjaya Henry Chin sama ada jumlah itu bernilai berbilion ringgi, Penolong Pengarah Jabatan Kastam Sabah Mohd Fazli Abdullah berkata "ya".
Dia juga bersetuju ketika ditanya sama ada aktiviti haram itu melibatkan warga asing.Mohd Fazli memberikan keterangan berdasarkan statistik tangkapan yang dibuat dari 2007 hingga Mei 2013.